Thursday, November 6, 2014

Tolonglah jgn jadikan aku seorang yg kejam!

Aku kejam? Yer..aku mmg kejam, tapi hati aku jer yang kejam.. Bila hati aku ni dah tak dpt nak sabar, mulut aku plak yg jadi kejam!


So, tolonglah.. Kenapa jadikan aku seorg yg kejam? Aku tak nak jadi jahat dimata kawan-kawan aku sendiri! Tapi bila aku luahkan apa yang aku tak puas hati, aku trase diri aku seorang yg jahat dan kejam! Bila aku tak dapat nak luahkan, aku akan kutuk kau dalam hati, takpun aku akn luahkan kat orang lain! Yer, itu mmg perbuatan aku yg agak kejam sbb cerita kat orang lain dan aku seperti mempengaruhi orang tuh supaya membenci kau! Tapi bukan niat aku nak cerita buruk pasal kau, cuma aku terasa nak luahkan apa yg aku tak puas hati pasal kau disebabkan aku tak dapat  nak luahkan depan-depan kau sendiri.. 

Aku sendiri pon tahu, manusia tu tak sempurna.. Aku pon ade buruknyer dan selalu jugak aku kutuk diri aku sendiri.. Tapi tolonglah..

jangan jadi pemalas sangat, anak dara oii! Pinggan kau yg sebiji kat atas sinki tuh, tolonglah basuh! Dah dua hari! Sebelum ni mmg aku tolong basuhkan, tapi sampai bila aku nak basuhkan utk kau?! Susah sangat ker basuh pinggan kau yg sebiji lepas makan? Aku nak tengok, bpe hari kau nak biarkan atas sinki?? Dah setahun lebih aku dok perati jer perangai kau.. 

Aku sound kau kat sini jela, still tak boleh nak sound depan-depan! Hmmmm... Sabar jelah!




22 comments:

  1. Sakitnya bila sakit hati..

    ReplyDelete
  2. aku faham perasaan ko tu yana. aku dulu selalu berkira kalau kena buang sampah. bukan la berkira pasal apa sebab asyik aku je kena ngadap tempat pembuangan sampah kan. rasa nak buat jadual je tapi dah besar kot. asyik kita je kan yg kena buat. tapi aku sabar memang tahap gaban. nasib x gila.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaann...tp klo selalu sgt camtuh, lemak ar.. Xtaw la smpai bile leh sabar ni..

      Delete
  3. Sabar je, doakan orang tu. insyaAllah dia akan rasa serba salah. :)

    ReplyDelete
  4. oh begitu kisahnya.. sabar jelaa..
    xbasuh pinggan? setaun? pehhh
    awk buat note dpn sinki 'dah makan? dah basuh tangan?soo ringan-ringankan la basuh pinggan tuu sekali ye. sekian terima kasih,'

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..ingat nak buat note tuh nanti.. dah hilang sgt sbr ni..

      Delete
  5. Salam blogwalking here :)

    selamat bersabar
    semoga yang bekenaan sedar heee

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
  6. Awak.. Saya tak pasti awak ada masalah dengan siapa. Pada pendapat saya, nak sound orang dengan baik ni cakap face to face atau send text. Kadang² bila saya ada problem dengan kawan-kawan saya, serious cakap rasa down and sakit hati sangat². Nak tegur tapi tak mampu. Tak sanggup. Dan tak tahu macam mana nak cakap. Tapi bila limit saya dah habis, saya send text dekat kawan saya. Panjang. Macam karangan. Dalam text tu, saya cerita apa yang buat saya rasa marah atau sakit hati mahupun sedih tentang dia. Saya jgk bagi pandangan ttg apa yang perlu dia buat. Kawan saya tu cepat merajuk. We have been friend about 9 years termasuj tahun ni. Memang at first bila dia dapat text tu, dia balas agak kasar and sedih. Saya reply saya minta maaf dan harapan saya. If problem with your family member, you should understand him/her. Saya pun kadang ada prob dengan kakak saya. But saya fikir, dia mungkin tak matang dan saya lebih matang dari usia. Bila berdua dengan dia dalam bilik, saya slow talk dengan dia. Guna bahasa yang sopan dan lembut. Bila kita nak tegur seseorang, kita pun kena dalam mood setenang air, wak. Bagitau dekat orang yang awak ada masalah tu tentang apa yg tak puaskan hati awak. Kalau kita sound dengan kasar, lagi lah dia memberontak. Tak ape. Kita selami jiwa dia sikit2. Pasal pinggan. Apakata awak kata "awak.. Awak elergik dengan sabun eh? Hmm basuh la pinggan tu. Penat lah hari² kena basuh" ataupun "harini saya basuh, esok awak. Kita selang seli. Baru deal. Boleh tak? Boleh laaaa *senyum* *muka comel*" ini cuma pandangan saya sahaja :) saya harap awak boleh jernihkan hubungan awak walaupun dengan siapa awak ada masalah. Last, kita pun kena ada sikap tolak ansur. Takpe. Dapat pahala bantu orang nii hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..mekasih.. nak luahkan yg tu yg agak susah sikit sbnarnya.. trase macam nk mintak duit yang dia hutang jer..

      Delete
    2. Hahaha takpe. Saya nak suruh awk sabar tapi suruh orang sabar memang lah senang. Nak sabar tu ha kan susah. Awak cakap dgn dia pelan2.. Jangan terkasar sudah. Silap haribulan pinggan tak basuh, melayang kena muka awak haha *kidding :)

      Delete
  7. mungkin yana boleh ckp kat dia, weh, basuh pinggan ko tu. jgn tolong basuhkan. nnt naik lemak tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tuh la xterluah nk ungkapkan..mmg xbasuh, tapi oranglain yg basuhkan..kalo yana tgu sminggu dlu..huhu

      Delete
  8. hmmm..susah gak kan kalau de kawan yang mcm tu...kalau sy mgkin sy ckp depan2 dia smbil gurau2...so xde laa dia terasa sgt kann...tp yg penting mmg kena cakap...kalau x cakap nnti dia igt yg dia buat tu betul...sekadar pandangan sy...(^_^)

    ReplyDelete
  9. Hmm .betul3x..kne,berdepan. Bru settle mslh ;)

    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
  10. Hmm, setuju jugak yg perlu bawak berbincang. Kadang2 medium perantaraan ni ada baiknya, tapi kita tak dapat nak agak emosi response yg kita dapat or orang tu tak dapat nak agak emosi kita melalui tulisan. :) Kadang2 ada yg sentap bile baca notes dgn nada sendiri T_T

    Biasanya kalau sy nak cakap sesuatu kat housemates ke, cakap lepas solat jemaah sama2. Normalnya ssorg tu still dalam keadaan bertenang, baru lepas solat kan, rasanya hati tu tgh lembut lagi nak terima teguran. InsyaAllah takde lah gaduh2 sgt :D Hihi. It works for me, maybe awak boleh try jugak :)

    ReplyDelete
  11. Zumal harap Yana ok yer... Jangan marah2 k ^_^

    ReplyDelete
  12. Sob sobbbb.. cmtu lak mase zaman2 kolej dulu.. cume skg da pandai kawal pasaan.. kalau dulu mmg ape bnd yg xpuas hati mmg kasi tepek je.. xsuke jadi hipokrit cm budak2 laen tu.. tu org kate kasar la ape la...

    ReplyDelete
  13. haha err entahla yana.. saya sound orang bila dah terlampau bengang je. automatic keluar sendiri dari mulut. so padan muka la orang tuh haha

    ReplyDelete
  14. pnah jugak ada roommate yg mcm ni. mmg sabo je la. org lain yg tlg basuhkan utk dia. roommate lain x berani nak tegur dia. last2, sy try jugak ckp kat dia, "yunk, pinggan ni jgn biar mcm ni je. kesian dia ditinggalkan tuan dia busuk2 mcm ni." mmg berlembut habis la. mujur dia boleh terima.

    ReplyDelete
  15. Sabarlah ye.. adat lah tu, mcm mcm ragam yang akn kita jumpa.

    ReplyDelete